Akaun imzanrazin.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Borang Pembelian Ebook Ebay

Borang Pembelian Ebook Ebay

Assalamualaikum. Sebelum itu, biar saya perkenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya ialah Mohd Nazminizar atau dengan nama samaran di Facebook, "Imzan Razin". Saya bukanlah sifu atau pakar eBay namun saya mempunyai pengalaman dalam bisnes eBay sejak tahun 2014. Sehingga hari ini, saya masih lagi menjalankan bisnes di eBay secara 'part-time'. Tujuan saya membuat ebook eBay ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya dalam bisnes eBay ini supaya lebih ramai lagi dapat menjana pendapatan USD menerusi platform eBay.

*ebook merupakan buku digital dalam format .pdf yang akan dihantar melalui emel dan ianya bukan produk fizikal.

Antara hasil pendapatan yang saya perolehi melalui platform eBay:




Sebelum itu, apakah eBay? Bagi yang belum tahu, eBay merupakan platform marketplace terbesar di dunia selain Amazon dan mempunyai trafik yang sangat tinggi setiap bulan. eBay merupakan tempat untuk membeli, membida dan menjual sebarang produk dan kebanyakkan pelanggan di eBay ialah dari United States (US). 


Ebook "Panduan Langkah Demi Langkah Kuasai Bisnes Ebay" ini pula merupakan ebook khas dari saya untuk anda yang baru ingin memulakan bisnes di eBay. Khas untuk yang nak mengenali apa itu eBay, bagaimana untuk bermula di eBay dan seterusnya menjana pendapatan di eBay. Antara isi kandungan dalam ebook ini:



  • Ebook ini merupakan panduan asas untuk anda yang baru nak bermula. Sememangnya khas untuk 'newbie'. 
  • Ebook ini BUKAN untuk yang dah mahir atau pakar mengenai eBay. 
  • Ebook ini BUKAN untuk anda yang dah berjaya hasilkan ratusan hingga ribuan ringgit sebulan melalui eBay.
  • Panduan yang ditunjukkan di dalam ebook ini khas untuk digunakan di PC ataupun laptop sahaja. 
  • Ebook ini tidak menjamin anda akan mendapat ribuan atau jutaan ringgit setiap bulan. Ini bukan skim cepat kaya, MLM atau skim yang merapu. Ianya masih seperti bisnes yang lain yang memerlukan usaha dan kesabaran sepanjang masa.




Antara bungkusan-bungkusan yang telah saya pos ke luar negara hasil jualan menerusi platform eBay:




Selain menjual produk dari Malaysia, anda juga dapat 'dropship' produk dari China terus ke United States. Saya akan dedahkan beberapa lubuk produk untuk anda. Semuanya saya akan terangkan di dalam ebook ini. Saya harap anda faham serba sedikit mengenai eBay ini. Sekiranya anda seorang yang jenis tak mudah berputus asa, penyabar dan berminat dengan bisnes dalam USD ini, anda boleh terus dapatkan ebook ini sekarang! 

Eh, saya juga ada BONUS untuk anda. 2 ebook ini akan diberikan secara percuma kepada pembeli-pembeli ebook "Panduan Langkah Demi Langkah Kuasai Bisnes Ebay".

  1. Ebook '100 Laman Web Sumber Produk (Dropship & Wholesale)' - Di dalam ebook ini ada senarai pembekal produk secara dropship dan wholesale. Semuanya adalah pembekal dari United States!
  2. Ebook 'The Best of Aliexpress' - Ebook ini memaparkan senarai penjual-penjual di Aliexpress dalam semua kategori dan semuanya adalah 'High Rating Seller' !

Jadi, apa tunggu lagi? Anda berminat untuk dapatkan kesemua ebook ini? Lengkapkan borang di bawah.